LANGKAWI, 17 Okt (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan tidak perlu membina jambatan untuk menghubungkan Pulau Langkawi dengan tanah besar kerana ia akan menyebabkan kesesakan kenderaan di pulau itu.
Katanya jika terlalu banyak kenderaan masuk ke Langkawi akan menimbul kesesakan lalu lintas dan menjejaskan usaha menjadikan pulau itu sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa."Tak perlu ada jambatan ke Langkawi kerana ia akan menyebabkan kesesakan," kata beliau kepada pemberita di sini , Sabtu.Beliau berkata demikian sebagai mengulas permintaan Ketua Umno Bahagian Langkawi Datuk Nawawi Ahmad yang menggesa agar kerajaan membina jambatan antara Pulau Langkawi dengan tanah besar melalui Kuala Perlis sebagai satu kemudahan untuk penduduk di pulau itu berulang alik ke tanah besar.
Nawawi berkata pembinaan jambatan itu adalah atas permintaan penduduk di pulau pelancongan itu kerana ia dapat menjimatkan masa dan kos pengangkutan. Dr Mahathir berkata Langkawi akan membangun pesat sebagai sebuah destinasi pelancongan menarik kerana beberapa buah kampung seperti Kampung Perancis, Itali dan British telah diwujudkan.-- BernamaAnaklangkawi :-
Cek sbg org langkawi malu dgn kenyataan Ketua UMNO Bahagian LAngkawi ttg Idea yg mengarut ni. Kalau kita pikir cetek, mmg betul la nak jimat masa & kos pengangkutan. Tapi kalau pikiaq panjang.. Kos buat jambatan mesti makan bilion RM.. Habis takkanla dek disbbkan kos pengangkutan nak justify buat jambatan..
Apala Ketua Bahagian yg baru ni.. Sampai Tun M pun teguq..
p/s: UMNO Langkawi salah pilih ketua ka?
2 comments:
Org mcm ni pun anak langkawi pilih jadi pemimpin? Dah tentu tarak isu lain selain nak buat duit dapat kontrak buat jamban tan tu.
Tolong habaq kat ketua bahagian ko tu a.k.a ADUN, tok sah dok kalut ngan jamban tan Langkawi - Tanah Besaq.
Suruh perabih projek jamban tan di Pekan Kuah tu dulu yg kontrak asai dapat kat dia. Dah buta tak nampak projek terbengkalai dah ka???
Tu la dia, kalau org bodoh dilantik jadi ketua, maka yg melantik pun 2x5 jugak!!!
Kah kah kah.....
Orang Tanjung..
Cek tak turun mengundi baru ni waktu pemilihan.. tapi rasanya ramai yg dah menyesal kot..
tapi rasanya dia dah menyesal kot bagi idea tu.. habis satu malaysia taruk dia..
p/s: bagi cadangan kena la baik sikit..
Post a Comment