Advertisement :- Villa De Porto ~ A Private Gateaway in Langkawi

Tuesday, October 20, 2009

Isu jambatan, Nawawi akur padangan Tun Mahathir

KUAH - Ahli Dewan Undangan Kuah, Datuk Ir Nawawi Ahmad akur dengan pandangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Besar Kedah, Datuk Azizan Abdul Razak untuk tidak membina jambatan pengangkutan dari Langkawi ke Kuala Perlis. Ir Nawawi berkata, cadangan itu adalah bagi memenuhi keperluan atau penjenamaan Pulau Langkawi sebagai Pulau Pelabuhan Bebas Cukai yang diiktiraf sejak 1997.

Beliau mencadangkan jambatan setengah boleh dibina melalui kaedah tebus guna tanah sepanjang 6 kilometer (km) dari Teluk Apau dan disambung dengan perkhidmatan feri sejauh 12 km, diikuti jambatan ke Kuala Perlis sejauh 6 km. “Sekarang ini Langkawi tidak mampu digerakkan dengan sebuah pelabuhan menyebabkan segala kos logistik meningkat kepada 35 peratus kerana semua barang yang akan masuk ke Langkawi perlu melalui Pelabuhan Pulau Pinang.

“Kami cadangkan pelabuhan ini supaya barang di Langkawi akan murah dan tambang feri juga akan berkurangan dari RM18 kepada RM6,” katanya ketika sidang akhbar di Pejabat ADUN di Kuah. Ir Nawawi berkata, selain itu kos perjalanan dari dapat disingkatkan dari kebiasaannya 60 minit dari Langkawi ke Kuala Perlis menjadi 20 minit. Menurutnya, keseluruhan projek dianggarkan RM500 juta dengan setiap jambatan tebus guna tanah berharga RM250 juta di sebelah Langkawi dan Kuala Perlis.

“Kita boleh membina kompleks, perumahan mewah dan pejabat agensi kerajaan yang terlibat dengan pelabuhan,” katanya. Beliau berkata, perancangan awal perlu ada untuk menjimatkan masa dan kos sebelum segala harga pasaran semasa meningkat. “Kami mahu Langkawi terus hidup sebagai tumpuan pelancongan dan pelabuhan kargo maka itu keseimbangan ekonomi dapat dicapai,” katanya. Beliau akan memanjangkan perkara ini kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk dinilai semula

Sinar

Anaklangkawi :-
Terlajak perahu boleh undur. Terlajak kata susah oo..

No comments: