PADANG MATSIRAT - Semua premis hotel di seluruh negara terutamanya di Langkawi perlu mengemukakan sijil halal selepas kerajaan menggubal Akta Halal 2010. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral Datuk Jamil Khir Baharom berkata, pada ketika ini semua hotel tidak diwajibkan untuk memohon sijil status halal. Menurutnya, namun mulai tahun depan, kerajaan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dan kerajaan tempatan akan merangka akta berkenaan.
“Tiada pendekatan mewajibkan hotel untuk memohon sijil halal kerana kerajaan masih mengambil beberapa faktor yang melibatkan status halal. “Kita telah mempunyai makmal untuk mengenal pasti makanan dan minuman halal, namun akta itu masih dalam penggubalan yang perlu dipersetujui oleh kabinet,” katanya ketika menghadiri Majlis Penutup Kolokium Bina Insan dan Pemantapan Sahsiah Pegawai-pegawai Tertinggi Kerajaan Zon Utara dan Pahang di Langkawi Lagoon Resort, Padang Matsirat.
Jamil Khir berkata, untuk mendapatkan sijil halal dipengaruhi oleh faktor sampingan seperti cara penyediaan makanan, tempat penyimpanan dan isi kandungan makanan itu. Menurutnya, kini orang ramai semakin sedar untuk memilih hotel atau premis makanan yang halal dan bersih di sisi agama. “Orang ramai kini makin prihatin tentang pemilihan makanan dan tempat makan, oleh itu pelaksanaan mewajibkan hotel mempunyai sijil halal masih dalam pertimbangan,” katanya.
“Kursus ini menekankan semangat integriti dalam sesuatu organisasi, kepentingan kepimpinan dalam menerajui sesuatu organisasi. “Biarlah kepimpinan Islam mencari penanda aras kepada bangsa lain dalam menjalankan tugas dan perlu dicontohi,” katanya. Jamil turut menyarankan bangsa lain mengikuti program tersebut supaya mereka tahu kepimpinan Islam itu adalah lengkap dan terbaik. Seramai 60 pegawai tinggi kerajaan dari Kedah, Pulau Pinang, Perlis dan Pahang mengikuti kursus tersebut selama tiga hari di Langkawi Lagoon Resort.
Anaklangkawi :-
Inilah yg ditunggu-tunggu oleh umat islam Malaysia. Kadang2 kita makan di hotel-hotel sering tertanya-tanya status restoran di hotel tersebut. Akta adalah cara yg paling sesuai & dgn mewajibkan semua hotel maka memudahkan pengguna islam.
p/s: walaupun patut dibuat lama dah akta ni.. tapi better late than never..
3 comments:
Hairannya masih ramai org Islam di Langkawi yg tertumpu ke restoran cina terutama Wonderland Seafood dan kawasan sekitarnya.
Setakat yg aku tahu, jarang ada yang mempersoalkan status restoran di hotel tersebut melainkan ianya specialize dlm western, Chinese or Japanese food yg jarang org Islam pi makan sbb tak reti nak makan apa.
Lagi pelik adalah.... tang makanan depa particular halal/haram tapi tang minuman tak pulak nooo...
Kah kah kah...
Port depa bersembangla tu OT. maklumlah kalau sembang kat kedai Melayu kang sampai pulak ke telinga org lain..
p/s: port lepak2 nak dikatakan..
Port depa bersembangla tu OT. maklumlah kalau sembang kat kedai Melayu kang sampai pulak ke telinga org lain..
p/s: port lepak2 nak dikatakan..
Post a Comment