Perkhidmatan bas terus ke Kuala Perlis atau Kuala Kedah memang disediakan atau menaiki kereta api ke Arau dan menggunakan teksi ke Kuala Perlis.
- Kereta Kabel. Ia kereta kabel tanpa tiang terpanjang di negara ini yang membawa penumpang sejauh 2.2 kilometer sehingga ke puncak Gunung Mat Chincang.
- Dari ketinggian 713 meter, anda boleh melihat pemandangan Pulau Langkawi sehingga ke perairan Andaman. Kereta kabel beroperasi jam 10 pagi hingga 6 petang (Isnin-Khamis) dan 9.30 pagi hingga 7 malam (Jumaat-Ahad).
- Dataran Lang. Terletak berhampiran pekan Kuah, dataran ini perlu dijadikan pelengkap lawatan ketika di Langkawi.
- Pelawat dapat melihat replika helang setinggi 12 meter.
- Taman Buaya. Lebih 1,000 buaya pelbagai spesies ditempatkan di sini yang terletak di Kubang Badak.
- Underwater World Langkawi. Lebih 5,000 spesies ikan serta lebih 500 haiwan termasuk anjing laut, singa laut dan penguin boleh disaksikan di sini.
- Galeria Perdana di Kilim: Ia menempatkan pelbagai bentuk cenderahati dan anugerah yang diterima bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dari seluruh dunia.
- Air Terjun Telaga Tujuh yang mempunyai tujuh bahagian kolam di sekitarnya menjanjikan kepuasan dengan kedinginan airnya cukup menusuk kalbu.
- Tasik Dayang Bunting. Selain menaiki bot, anda dapat melihat pemandangan cukup mengasyikkan di sekitar tasik.
- Kota Mahsuri. Terletak 12 kilometer dari pekan Kuah, ia menempatkan muzium dan makam Mahsuri.
- Nikmati keindahan Pantai Cenang, Kok, Tengah, Pasir Tengkorak, Burau Bay, Teluk Datai atau Tanjung Rhu.
- Menyusuri Sungai Kilim: Aktiviti memberi makan helang pastinya pengalaman menyeronokkan.
No comments:
Post a Comment